loader image

Legal Symposium on Children’s Rights to Access to Justice and Effective Remedies

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) telah dijemput sebagai pempamer bagi pameran Mahkamah Bergerak Kanak-kanak bersempena dengan “Legal Symposium on Children’s Rights to Access to Justice and Effective Remedies” yang telah dianjurkan secara bersama oleh Badan Peguam Malaysia dan SUHAKAM di Wisma Badan Peguam Malaysia, Kuala Lumpur.

Peserta seminar, penceramah dan moderator yang terlibat telah turut dijemput untuk bersama-sama menyaksikan kemudahan Mahkamah Bergerak Kanak-kanak yang terdiri daripada sebuah van saksi kanak-kanak (Victim Nexus to Justice/ VNEJ) dan juga lori Mahkamah bergerak (Vehicle for Nationwide Justice/ VNJ) yang di letakkan di ruang tepi Bangunan Sultan Abdul Samad, berhadapan bangunan Wisma Badan Peguam Malaysia.

Antara yang hadir melawat dan telah diberikan penerangan berkenaan pelaksanaan dan pengoperasian Mahkamah Bergerak Kanak-kanak ialah Professor Dr. Ton Liefaard yang juga Pemegang Kerusi UNICEF Chair in Children’s Rights di Universiteit Leiden, Belanda dan Rehana Dole, Programme Manager di UNICEF Chair in Children’s Rights yang turut disertai oleh pemimpin-pemimpin CSO (Civil Society Organisation), wakil SUHAKAM, peguam, tenaga pengajar universiti dan para pelajar.

Para pelancong dan orang awam yang berada di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad turut berpeluang untuk menyaksikan pameran ini dan telah menunjukkan keterujaan mereka atas inisiatif ini.

Sesungguhnya peluang dan kerjasama seperti ini antara PKPMP dan agensi pemegang taruh seperti Badan Peguam dan SUHAKAM telah dapat memberi manfaat yang besar dan pemahaman yang menyeluruh berkenaan pengoperasian mahkamah sekaligus meluaskan akses kepada keadilan kepada semua.

#MADANIBekerja

#MalaysiaMadani

#JabatanPerdanaMenteri

#MYJudiciary

#TaatSetia

Related

Happy Merdeka

Happy Merdeka. Celebrating Diversity, Together. If nothing else, atleast food brings us together!...

Kunjungan Hormat Delegasi Badan Peguam Malaysia

PUTRAJAYA, 20 Ogos 2026 – Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah menerima Kunjungan Hormat Delegasi Badan Peguam Malaysia yang diketuai oleh Encik Anand Raj, Presiden Badan Peguam...

Contact Detail

Follow Us

Newsletter

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

R. Jayabalan ©  | All Rights Reserved