PUTRAJAYA, 20 Ogos 2026 – Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah menerima Kunjungan Hormat Delegasi Badan Peguam Malaysia yang diketuai oleh Encik Anand Raj, Presiden Badan Peguam Malaysia di Bilik Kunjungan Hormat Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara.
Kunjungan hormat ini menjadi wadah yang baik bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara Jabatan Peguam Negara dan Badan Peguam Malaysia, khususnya dalam memperkasa sistem perundangan dan profesion guaman negara.
Pertemuan turut memberi ruang untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama demi memastikan sistem keadilan dan perundangan negara terus diperkukuh serta memberi manfaat kepada masyarakat.








