loader image

Remaja alami kerosakan otak ketika lahir dapat ganti rugi RM4 juta

By V Anbalagan

Hakim memberi award RM600,000 kepada remaja itu sebagai ganti rugi am dan RM3.5 juta untuk pemulihan masa depan.

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Johor Bahru memberi award RM4.1 juta kepada seorang remaja 16 tahun yang mengalami kerosakan otak teruk ketika lahir, selepas mendapati seorang doktor dan pemilik rumah bersalin swasta bertanggungjawab atas kecuaian perubatan.

Hakim Nurulhuda Nuraini Nor memberikan award RM600,000 kepada remaja itu sebagai ganti rugi am dan RM3.5 juta untuk pemulihan masa depan. Ibunya pula diberikan ganti rugi RM80,000 bagi tekanan emosi serta keresahan.

Pemilik rumah bersalin di Johor Bahru itu dan doktor yang menyambut kelahiran remaja terbabit melalui pembedahan Caesarean diarah membayar kos RM100,000.

Doktor dan rumah bersalin itu sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Hakim dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan baru-baru ini berkata: “Doktor itu bertanggungjawab kerana mengabaikan tugasnya menjaga ibu dan bayi itu, manakala pemilik rumah bersalin terbabit bertanggungjawab secara wakil.”

Nurulhuda berkata, doktor itu bertanggungjawab atas keadaan kanak-kanak berkenaan kerana lewat melakukan pembedahan.

Ibunya memfailkan saman pada 2020 bagi pihak anak lelakinya, yang bergantung kepadanya.

Menurut fakta kes, wanita itu ke rumah bersalin terbabit, yang juga sebuah klinik, kira-kira 10 pagi 28 Sept 2009. Beliau kemudian dinasihatkan menjalani pembedahan Caesarean oleh doktor disebabkan tali pusat melilit leher bayi.

Tetapi, doktor itu hanya melakukan pembedahan Caesarean dan menyambut kelahiran bayi itu pada 7 malam.

Kira-kira 5.30 pagi 1 Okt 2009, bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dengan ambulans kerana tidak menyusu dengan baik, sukar bernafas dan lesu.

Beliau didapati mengalami hipoglisemia teruk (gula darah rendah) dan jangkitan.

Selepas keluar hospital pada 14 Nov, bayi itu didapati mengalami kekejangan otot dan mulutnya terherot.

Pemeriksaan perubatan di sebuah hospital swasta mengesahkan beliau mengalami kerosakan otak.

Atas faktor kos, bayi itu dimasukkan semula ke hospital kerajaan selama seminggu mulai 15 Nov, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur pada 23 Nov, di mana pakar neurologi kanak-kanak mengesahkan keadaan kesihatannya.

Peguam R Jayabalan, N Jegatheesan, Christopher Tan dan S Shamilan mewakili plaintif, manakala peguam B Thinesh serta Raja Eileen Soraya Raja Aman mewakili defendan.

Sumber daripada: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/08/03/remaja-alami-kerosakan-otak-ketika-lahir-dapat-ganti-rugi-rm4-juta

Related

The Federal Court decision in Berjaya Times Square Sdn Bhd v. M Concept Sdn Bhd [2010] 1 MLJ 597 is no longer to be regarded as good law.

What a relief. It has lived long enough. The Federal Court in Like Swee Choo & Anor v. Ong Koh Hou @ Won Kok Fong – Civil Appeal no. 02(f) -22-07/2024(W) on 2.10.2025 held that Berjaya Times...

JAYA’S CIVIL TRIAL HANDBOOK- ESSENTIAL PRACTICE & PROCEDURE FOR MALAYSIAN COURTS’ now available for sale.

The Handbook is my humble attempt for a concise quick reference, trial companion that one can quickly flip through for a refresher or a quick answer on issues commonly faced before, during, and post...

Advice for Young Lawyers in Litigation

Fali S. Nariman — one of India’s most respected jurists, a Senior Advocate at the Supreme Court of India, President of the Bar Association of India, and a renowned constitutional lawyer — shares...

Contact Detail

Follow Us

Newsletter

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

R. Jayabalan ©  | All Rights Reserved